5 Adab yang Anak Belajar dari ILM- Kebangkitan Khalifah
Durioo+ memperkenalkan ILM: Kebangkitan Khalifah yang merupakan siri animasi Islamik berunsur sci‑fi pertama di Malaysia, yang menggabungkan cerita futuristik dan nilai agama.
Di dalam episod 5 terawal, terdapat beberapa nilai murni dan adab yang anak-anak boleh pelajari sambil menonton siri ini. Antaranya ialah :
1. Saling menghormati
Dalam siri ini , apabila Siddiq dipilih sebagai ketua, Farouq menerima dan menghormati keputusan itu. Dia juga turut mengikuti strategi Siddiq tanpa membantah.
Ini menunjukkan sikap berlapang dada, taat kepada pemimpin, dan mengutamakan kerja berpasukan. Farouq tidak mempertikaikan keputusan, sebaliknya memberi sokongan penuh, satu contoh akhlak mulia dalam persahabatan.
Sikap Farouq ini mengajar anak-anak bahawa menghormati keputusan dan pemimpin adalah tanda kekuatan akhlak dan jiwa, bukan kelemahan.
2. Sikap Berani Membela Kebenaran
Dalam episod 2 dan 3, watak Farouq dan Siddiq berhadapan dengan ketidakadilan dan tampil mempertahankan yang lemah walaupun dalam situasi yang mencabar. Tindakan mereka menunjukkan keberanian yang berpaksikan prinsip, bukan emosi semata.
Ini mengajar anak-anak bahawa berani menegakkan keadilan adalah akhlak mulia, sejajar dengan sifat al-‘Adl (Yang Maha Adil) yang dimuliakan dalam Islam.
Sifat ini penting diajar sejak kecil, agar anak-anak memahami bahawa mempertahankan kebenaran, meskipun sukar, lambang hati yang cekal dan iman yang teguh.
3. Bersabar dan Tenang dalam Tekanan
Saat menghadapi musuh dalam EP2, Farouq dan Siddiq menunjukkan kesabaran dan kawalan emosi, bukan panik. Mereka bertenang, periksa strategi dan tak segera bertindak. Ini menggambarkan prinsip sabr dalam Islam ketika diuji:
“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
(Surah Al-Inshirah: 5–6)
4. Kerjasama dan Kepercayaan Kumpulan
Di dalam episod 4 dan 5 , siri ini menonjolkan bagaimana Farouq dan Siddiq bekerjasama erat untuk menyelesaikan misi. Anak-anak belajar bahawa kejayaan lebih mudah bila bekerja sebagai satu pasukan, selari dengan adab ukhuwah Islamiah yang menguatkan ukhuwah.
5. Syukur & Mengiktiraf Kekuasaan Allah
Walaupun dikelilingi teknologi maju, watak seperti Siddiq, Farouq dan Pak Kareem tidak pernah lupa untuk menyebut lafaz “Alhamdulillah” setiap kali mereka mencapai kejayaan kecil. Ini menanamkan nilai syukur dan pengakuan bahawa segala kekuatan adalah milik Allah.
ILM: Kebangkitan Khalifah bukan sekadar animasi sci‑fi , namun ia adalah alat tarbiah visual yang membina adab, iman dan kekuatan jiwa anak. Melalui konsep hormat, keberanian, kesabaran, kerjasama dan syukur, anak-anak dapat meniru akhlak wira yang berhati ikhlas.
Walaupun ianya mungkin terlihat kecil tapi siri ini mampu memberikan impak besar kepada jiwa kecil anak.
Jika ibu bapa ada pengalaman atau kenangan manis bersama anak ketika menonton ILM, kami sangat gembira untuk membacanya dan kongsikan di ruangan komen ya!