Permainan Pendidikan: Bagus Ke Untuk Anak-Anak?
Assalamualaikum ibu ayah! Mesti ibu ayah risau kan bila anak mula pandai main permainan? Tapi, jangan risau jikalau anak-anak mula bermain permainan pendidikan (educational game)!
Mengikut beberapa kajian yang dilakukan, permainan pendidikan ini sebenarnya dapat membantu perkembangan anak dari pelbagai aspek seperti mental, sosial, emosi, dan motor, namun harus dikawal oleh mereka yang lebih dewasa.
Jadi, bagus ke untuk anak-anak kita?
Permainan pendidikan bagus dan penting kerana ia boleh merangsang perkembangan kognitif dan pemikiran kritikal anak-anak. Anak-anak boleh belajar sebab dan akibat, turutan, dan menyelesaikan masalah dengan cara yang menyeronokkan.
3 Manfaat Lain Permainan Pendidikan
- Kemahiran Sosial & Kolaborasi
Permainan yang melibatkan kerja berpasukan dapat mengajar anak-anak berkomunikasi dan bekerjasama, membina kemahiran sosial sejak kecil.
- Pembangunan Emosi
Anak belajar bersabar dan kawal emosi apabila kalah atau gagal dalam permainan, yang penting untuk kesejahteraan mental mereka.
- Kemahiran Digital
Anak-anak yang mempunyai kemahiran digital akan lebih bersedia untuk menggunakan teknologi dalam pelbagai konteks, sama ada untuk pembelajaran ataupun kehidupan seharian. Ini sekaligus dapat menyediakan asas yang baik untuk masa depan digital mereka.
Bagaimana Ibu Ayah Boleh Gunakan Permainan Pendidikan?
Pilih permainan yang sesuai dengan umur anak, pastikan selamat dan penuh nilai positif. Ibu ayah boleh juga gabungkan video pendidikan dan interaktif supaya anak belajar sambil bermain.
Permainan pendidikan bukanlah satu beban, tapi ianya merupakan salah satu pelaburan untuk masa depan anak!
Dengan memilih permainan yang betul, anak-anak akan dapat belajar sambil bermain. Ibu ayah juga perlu memantau dan membantu mereka dalam menggunakan permainan pendidikan dengan baik.
Jom baca artikel lain di blog Durioo+ untuk lebih banyak tips dan aktiviti seronok untuk anak! Tinggalkan komen juga ya, nak dengar pengalaman ibu ayah semua!