Emosi Parenting

“Maafkan Ibu, Sayang” – Kenapa Ibu Bapa Patut Belajar Minta Maaf Dengan Anak

“Maafkan Ibu, Sayang” – Kenapa Ibu Bapa Patut Belajar Minta Maaf Dengan Anak

Kadang-kadang, dalam kesibukan seharian, kita mungkin terlepas cakap, termarah, atau tersalah layan anak. Tapi persoalannya, perlukah ibu ayah minta maaf dengan anak? Jawapannya, ya, sangat perlu.

Menurut kajian dari University of Michigan, apabila ibu ayah meminta maaf kepada anak, ia mengajar mereka tentang empati, tanggungjawab, dan bagaimana membina hubungan yang sihat. Ia juga membantu membina kepercayaan anak untuk rasa dihargai dan difahami. Bila anak tahu bahawa ibu ayah juga manusia biasa yang boleh silap dan berani mengaku salah, mereka lebih cenderung untuk bercakap jujur, belajar memaafkan dan tidak menyimpan rasa.

Tips untuk mula minta maaf kepada anak:

  1. Gunakan bahasa yang mudah difahami: “Maaf ya tadi ibu marah . Ibu penat, tapi ibu tak patut marah macam tu.”
  2. Lihat mata anak dan beri pelukan – ini bantu anak rasa disayangi.
  3. Jangan terlalu ego atau takut hilang ‘authority’ – minta maaf tak buat kita lemah. Ia tunjukkan bahawa kita matang dan bertanggungjawab.
  4. Gunakan momen ini untuk ajar akhlak baik – “Kalau ibu buat salah, ibu minta maaf. Kalau adik buat salah pun, adik kena minta maaf ya.

Kenapa Ini Penting?

Bayangkan anak-anak membesar dalam suasana yang tegang dan tiada ruang untuk mengakui kesilapan. Anak belajar bahawa ‘kuasa’ bermaksud tidak perlu minta maaf dan ini bahaya. Tapi kalau mereka biasa lihat ibu ayah minta maaf, mereka belajar untuk jadi rendah hati dan bertanggungjawab.

Peluk & Maaf 

Selepas ibu ayah dan anak ada situasi tegang, boleh cuba:

  • Buat secawan susu panas atau air milo
  • Ajak anak duduk rapat, peluk sambil bercakap
  • Gunakan momen itu untuk minta maaf dan tenangkan hati mereka
    Kadang momen paling kecil, tinggalkan kesan paling besar.

Anak-anak juga manusia kecil yang punya hati dan emosi. Kita bukan ibu ayah sempurna, tapi kita boleh sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan minta maaf adalah salah satu jalannya.

Kalau ibu ayah pernah alami situasi begini, atau ada cara tersendiri yang berkesan , boleh kongsikan dengan kami di ruang komen! Boleh kita belajar sama-sama! 

About Author

Farah Durioo

Saya seorang ibu yang percaya setiap anak adalah amanah, dan setiap momen berharga untuk menanam values yang membentuk jiwa mereka. Di blog ini, saya kongsikan inspirasi untuk ibu bapa membesarkan anak dengan hati tenang, akal bijak, dan jiwa beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *