Perkembangan & Pendidikan Awal Si Cilik

5 tips ajar anak bercakap melalui permainan Bubbles!

5 tips ajar anak bercakap melalui permainan Bubbles!

Aktiviti bermain buih sabun (bubbles) mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya sangat powerful untuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi anak terutaman yang baru belajar bercakap!

Ini adalah tips mudah untuk ibu ayah cuba :

1. Latih untuk Anak Meniup: Kecil Tapi Penting

Meniup bukan sekadar permainan tetapi ia membantu anak melatih otot mulut, lidah dan rahang. Ia penting untuk perkembangan percakapan. Kebiasaanya kanak- kanak yang berumur antara 2-3 tahun akan muka menggunakan kemahiran bertutur ini.  

Dengan belajar meniup, anak belajar kawal nafas dan pergerakan mulut. Ini bantu mereka untuk menyebut bunyi dan perkataan dengan lebih jelas nanti.

Kenapa pilih bubbles biasa, bukan pistol bubbles?

Bubbles yang ditiup lebih bagus kerana anak guna otot mulut mereka. Pistol bubbles mungkin seronok, tapi kurang beri rangsangan yang diperlukan untuk pertuturan.

2. Gunakan Ayat Ringkas dan Ulangan

Contoh: “Nak tiup?” “Nak bubbles?”, “Pop! Pecah!”, “Nak lagi?”, “Besar… kecil!”

Anak kecil belajar melalui pengulangan. Gunakan perkataan yang mudah dan ulang secara konsisten. Fokus kepada 1 atau 2 perkataan dalam satu masa. Ini akan membantu mereka mengenal bunyi, memahami maksud, dan akhirnya meniru sebutan.

3. Tunggu, Tinjau, Minta

Biarkan anak menunjukkan minat dahulu, contohnya dengan menunjuk ke arah botol bubble atau berkata “lagi”. Jangan tergesa-gesa meniup. Tindakan menunggu ini memberi ruang kepada anak untuk mencuba berkomunikasi dengan meminta lagi.

Ibu ayah juga boleh menyebut kan ayat mula, tunggu dan minta anak untuk lengkapkan perkataan tersebut, dan tiup bubble tersebut apabila anak menyambung perkataan itu. 

Contoh :

Ibu: “Baaaa..”

Anak: “Bblee…..”

Ini juga membolehkan anak untuk belajar menunggu giliran (sosial skill) serta asas perbualan dua hala.

4. Eye contact, Guna Isyarat Tangan dan Mimik Muka 

Sebelum mula meniup,tarik perhatian anak untuk memandang ke arah ibu ayah. Ini akan menggalakkan eye contact antara anak dengan ibu ayah. Gabungkan perkataan dengan isyarat seperti menunjuk, angguk atau ekspresi ‘terkejut’ apabila bubble pecah. Ini membantu ibu ayah mengaitkan makna perkataan dengan situasi sebenar.

Sambil bermain, ibu ayah boleh selitkan selitkan zikir atau doa pendek yang anak boleh belajar seperti “SubhanAllah, cantiknya buih ni!” atau “MasyaAllah, banyaknya!”. Dengan cara ini, anak bukan sahaja belajar bahasa dunia, tapi juga bahasa zikir .

5. Guna Buku atau Kad Gambar

Kalau anak minat bubble, cari buku atau kad bertema sama. Ini akan membantu menambah kosa kata dan sambung pembelajaran secara visual.

Jika ibu ayah rasa anak lambat bercakap, jangan tunggu lama. Langkah awal sangat penting untuk bantu mereka berkembang.

Di Durioo+, kami ada pelbagai cerita menarik yang boleh membantu kanak-kanak untuk bertutur seperti Mummy Sher , Little Ammar, dan cerita lain yang bantu anak belajar bercakap melalui lagu, permainan dan aktiviti interaktif.


Ingat ibu ayah, setiap anak belajar dengan cara berbeza. Yang penting, terus usaha dan jangan berputus asa!

Jika ibu ayah ada pengalaman atau tips bantu anak mula bercakap, jom kongsikan di ruangan komen. Siapa tahu, ia boleh jadi inspirasi dan panduan untuk ibu ayah lain juga!

About Author

Farah Durioo

Saya seorang ibu yang percaya setiap anak adalah amanah, dan setiap momen berharga untuk menanam values yang membentuk jiwa mereka. Di blog ini, saya kongsikan inspirasi untuk ibu bapa membesarkan anak dengan hati tenang, akal bijak, dan jiwa beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *