ANAK kena BULI? Ini Cara Ibu Ayah boleh bantu elak anak dibuli dari KECIL
Kadangkala, kita fikir buli hanya berlaku apabila anak dah besar atau masuk sekolah. Tapi sebenarnya, bibit-bibit buli boleh bermula seawal di usia tadika iaitu dengan ejekan, tolak-menolak atau tak nak kawan. Ibu ayah kena peka dan mula bantu dari sekarang.
Ini antara beberapa langkah mudah yang ibu ayah boleh mula dari anak kecil:
1. Kenalkan dan ajar anak tentang emosi

Bantu anak untuk mengenali dan luahkan perasaan jika mereka berasa gembira, marah, sedih, takut.Bila anak tahu apa dia rasa, lebih mudah untuk dia meluahkan bila sesuatu berlaku.
2. Galakkan anak bercerita

Bila anak pulang dari sekolah atau tadika, biasakan bertanya mereka tentang apa yang terjadi pada hari itu, sebagai contoh “Hari ni okay tak?” “best tak belajar harini?” . Anak yang selesa bercerita akan lebih mudah beritahu jikalau mereka dibuli.
3. Terapkan nilai empati dan hormat

Ajar anak untuk hormati orang lain walaupun berbeza. Anak yang diajar empati cenderung tidak membuli dan lebih mudah berkawan.
4. Ajar anak untuk kata TIDAK

Latih anak untuk kata “tidak” bila tak selesa, dan ajar kepada mereka siapa orang dewasa yang mereka boleh percaya dan minta tolong .Cakap dengan lembut, tapi jelas. Sebagai contoh, “Kalau ada orang buat awak rasa tak selamat dan takut, awak boleh bagitahu ibu/ayah.”
Bila anak rasa mereka ada tempat selamat iaitu ibu ayah atau orang dewasa yang mereka boleh percayai, mereka akan lebih berani bersuara dan tak mudah jadi mangsa.
Menariknya, di Durioo+, terdapat episod khas dalam siri Mina Mila (MM) bertajuk ‘Buli Itu Salah’ yang menyentuh tentang isu buli dengan cara yang ringan tapi padat. Ia boleh jadi permulaan perbualan yang baik antara ibu ayah dan anak. Bila anak tengok dan faham melalui cerita, lebih mudah untuk mereka faham dan luah rasa sendiri.
Jangan tunggu anak jadi mangsa buli baru kita mahu bertindak. Didik mereka dari sekarang dengan kasih sayang, empati dan contoh yang baik.
Kalau ibu ayah ada tips lain atau pernah melalui pengalaman berkaitan buli, boleh kongsikan di ruangan komen. Mana tahu ianya boleh bantu ibu ayah lain juga. Nak sembang lebih, jom sertai komuniti kami; sama-sama kita belajar dan lindungi anak-anak sejak awal.