Assalamualaikum Ibu Ayah! Dalam kehidupan sekolah atau aktiviti sosial anak-anak, isu buli memang tak boleh dipandang remeh. Kadang-kadang, tanpa sedar anak kita mungkin jadi salah seorang mangsa. Jadi, penting untuk kenal pasti tanda-tanda anak jadi mangsa buli supaya kita boleh ambil tindakan awal.
Mengikut Kajian oleh UNICEF (2021) menunjukkan lebih 1 daripada 3 kanak-kanak di Malaysia pernah mengalami buli sama ada fizikal, mental, atau siber. Anak yang menjadi mangsa buli berisiko mengalami:
- Stres dan kebimbangan berpanjangan
- Rendah diri dan hilang keyakinan
- Masalah tidur dan prestasi akademik menurun
Jadi, ibu ayah memang kena peka dengan perubahan tingkah laku anak.Antara tanda biasa yang ibu ayah boleh perhatikan terhadap anak-anak adalah:
- Sering murung atau pendiam – Anak tiba-tiba jadi introvert dan kurang bercakap.
- Tak nak pergi sekolah – Mereka ada rasa takut atau enggan ke sekolah tanpa alasan yang jelas.
- Luka atau baju koyak – Kadang-kadang ada kecederaan kecil atau pakaian koyak tanpa penjelasan yang logik.
- Kurang selera makan – Tekanan dari buli boleh beri kesan fizikal juga.
- Perubahan emosi – Cepat menangis, mudah marah, atau rasa tertekan.
- Jauhi rakan-rakan – Anak mungkin elak bergaul dengan kawan-kawan.
Jika ibu ayah nampak tanda-tanda ni, jangan panik. Apa yang ibu ayah boleh bantu adalah:
- Dengar Tanpa Menghakimi – Jangan cepat marah. Biar anak ceritakan pengalaman mereka. Yang penting ialah bincang dengan anak secara tenang, dengar cerita mereka, dan beri sokongan emosi.
- Ajarkan Strategi Hadapi Buli – Ajar anak cara elak situasi berisiko, kata “tidak” dengan tegas, dan cari guru atau orang dewasa jika perlu.
- Bina Keyakinan Anak – Libatkan anak dalam aktiviti yang mereka minat supaya rasa percaya diri meningkat.
- Komunikasi dengan Sekolah – Bila ibu ayah dapat tahu anak adalah mangsa buli, ibu ayah boleh berbincang dengan pihak sekolah dan minta guru untuk pantau dan selesaikan masalah secara bersama.
- Pantau Media Sosial – Untuk buli siber, pantau penggunaan gajet anak dan ajar mereka cara selamat untuk guna media dalam talian.
Buli boleh beri kesan panjang pada emosi dan perkembangan anak, TAPI…
– Dengan sokongan ibu ayah dan komunikasi terbuka, anak boleh belajar untuk hadapi situasi ini dengan lebih selamat dan yakin. 💛
Ibu ayah, pernah tak anak tunjuk tanda-tanda macam ni? Apa cara ibu ayah tangani kalau anak jadi mangsa buli? Tinggalkan komen di bawah, kita boleh share tips sama-sama!