Dalam dunia yang serba canggih ini, mengawal screen time anak sering kali menjadi cabaran bagi ibu ayah. Dengan pelbagai gajet seperti telefon pintar dan tablet yang mudah dibawa ke mana sahaja , ditambah pula dengan kandungan video yang menarik , anak-anak mudah terjebak dalam dunia digital.
Namun, kita sebagai ibu ayah boleh mengawal situasi ini dengan cara yang positif dan berkesan.
Ini beberapa tips yang ibu ayah boleh cuba sendiri di rumah:
1. Tetapkan peraturan bersama
Sebelum beri gajet, bincang dulu peraturan screen time dengan anak. Bila anak terlibat, mereka lebih faham dan senang ikut. Terangkan kenapa masa itu penting , dan dalam Islam pun ajar kita untuk hargai masa dengan baik.
2. Tetapkan waktu khusus

Buat jadual. Contohnya, anak-anak boleh bermain gajet selepas habis kerja sekolah atau aktiviti luar. Bila ada rutin, anak lebih bertenang untuk ikut dan ibu ayah pun tak perlu ulang banyak kali. Lebih mudah kan!
3. Cari aktiviti alternatif
Ibu ayah boleh mengajak anak untuk buat benda lain yang lebih seronok, seperti bermain di luar, membaca buku, masak bersama, atau dengar kisah Nabi. Boleh juga ajak anak mengaji, atau hafal doa pendek. Mereka seronok, kita pun tenang.
4. Jadilah contoh yang baik

Anak-anak belajar melalui pemerhatian, jadi jika ibu ayah sering menggunakan gajet, mereka juga akan ikut. Sebaiknya, hadkan penggunaan gajet di hadapan anak dan luangkan masa berkualiti bersama seperti bermain, melukis atau memasak. Ini bantu anak rasa dihargai dan menyokong perkembangan mereka.
5. Gunakan teknologi secara bijaksana
Cipta satu sesi khas di mana ibu ayah dan anak menonton kandungan Islamik yang mendidik seperti Sirah Nabawiyyah, DuDeen, atau Little Ammar di dalam Durioo+ . Selepas menonton, ajak anak berbincang tentang mesej Islam dalam kandungan tersebut.
Di Durioo+, terdapat pelbagai video didik hibur (edutainment) yang dapat membantu untuk menjadikan sesi ini lebih menarik. Dengan cara ini, teknologi akan menjadi alat tarbiah, bukan hanya hiburan tapi dapat membantu anak melihat dunia digital melalui lensa iman dan nilai.
6. Pujian dan ganjaran

Apabila anak-anak mematuhi peraturan, jangan lupa memberi pujian dengan penuh kasih sayang. Ini tidak hanya membuat mereka rasa dihargai tetapi juga memberi motivasi untuk terus bersikap baik bukan hanya pada ibu ayah, tetapi orang disekeliling mereka.
Mengawal screen time anak tidak semestinya perlu dilakukan dengan marah. Dengan penglibatan serta pendekatan yang penuh kasih sayang , ibu ayah boleh membantu anak-anak menggunakan teknologi dengan bijak.
Ini juga membentuk peribadi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab di dunia digital. Cuba tips ini dan ibu ayah boleh tengok perubahan yang positif dalam cara anak-anak mengendalikan screen time dan teknologi! Selamat mencuba!