Durioo apa harini? Kisah Duri

Kenapa Duri seekor Landak Kecil (hedgehog)?  Nak tahu, jom baca!

Kenapa Duri seekor Landak Kecil (hedgehog)?  Nak tahu, jom baca!

Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa Durioo+ pilih landak kecil sebagai ikon? Dalam banyak haiwan comel yang lain, kenapa bukan arnab, singa, atau kucing? Jawapannya bukan hanya sebab dia comel (walaupun memang sangat comel!), tapi sebab landak ini yang kami namakan dia Duri, ada karakter yang sangat dekat dengan jiwa Durioo+.

Kenali Si Landak Kecil comel: Duri

Landak kecil atau nama saintifiknya Erinaceinae ialah haiwan kecil yang sangat aktif pada waktu malam. Badannya dilindungi lebih 5,000 duri—tapi jangan risau, dia bukan jenis menyerang orang. Bila dia rasa takut, dia cuma akan menggulung diri dan menjadi bola. Ini cara dia lindungi diri. Sopan dan selamat.

Landak kecil ini biasanya suka menyendiri, tenang dan tidak agresif. Dia suka senyap, suka perhati, dan suka belajar perlahan-lahan. Macam anak-anak kita jugalah, kan? Setiap anak belajar ikut masa mereka sendiri, perlahan-lahan tapi penuh semangat.

Kenapa Landak Kecil untuk Durioo+?

Kami pilih landak kecil atau hedgehog sebagai ikon kerana hedgehog ini mempunyai semua nilai yang kami pegang iaitu  selamat, bijak, ingin tahu dan tidak membahayakan. Sama dengan tagline Durioo, “Fun & Safe” untuk anak-anak.

Hedgehog bukan haiwan yang ganas, tetapi ia ada cara tersendiri untuk melindungi dirinya, sama sebagaimana Durioo+ , kami ingin melindungi kanak-kanak dengan kandungan yang selamat, bermanfaat dan menyeronokkan.

Simbolik kepada Misi & Visi

Visi Durioo+ adalah untuk membina generasi yang Beriman, Berakhlak dan Berilmu melalui hiburan dan pendidikan. Hedgehog melambangkan pendekatan ini. Ianya tenang, penuh perlindungan, tetapi sentiasa belajar dan bergerak maju.

Bila anak-anak tengok Duri dalam Durioo+, mereka akan rasa disayangi, dilindungi dan ada ruang untuk jadi diri sendiri. Bukan untuk jadi cepat pandai, tapi untuk belajar ikut rentak mereka dengan selamat dan penuh kasih sayang.

Duri, Si Comel yang Penuh Nilai

Setiap kali ibu ayah melihat Duri muncul dalam Durioo+, ingatlah yang ini bukan sekadar karekter. Ini adalah lambang perjalanan anak kita sebagai khalifah kecil yang sedang membesar dalam dunia yang penuh cabaran.

Di Durioo+, setiap perkara ada makna, termasuklah seekor landak kecil berduri yang sedang tersenyum.

Ibu ayah nak cuba Durioo+ secara percuma? Jom download di Appstore dan Playstore sekarang dan saksikan kecomelan Duri!

About Author

Farah Durioo

Saya seorang ibu yang percaya setiap anak adalah amanah, dan setiap momen berharga untuk menanam values yang membentuk jiwa mereka. Di blog ini, saya kongsikan inspirasi untuk ibu bapa membesarkan anak dengan hati tenang, akal bijak, dan jiwa beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *