Cara Mudah Untuk Log In ke Aplikasi Durioo+!
Assalamualaikum Ibu ayah! Pernah tak terfikir nak cari platform yang selamat, menyeronokkan, dan bermanfaat untuk anak-anak? Durioo+ adalah jawapannya! Dengan lebih 20,000 konten yang disaring, dan dengan tagline ‘Safe & Fun’, Durioo+ menawarkan pengalaman menonton yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga penuh nilai Islamik yang positif untuk anak-anak.
Jadi, untuk menikmati semua manfaat ini, jom langgani aplikasi Durioo+ . Ibu ayah boleh mengikuti langkah-langkah ini.
Cara Log In Durioo+ App:

- Download Aplikasi Durioo+
Pertama, pastikan aplikasi Durioo+ dimuat turun di peranti ibu ayah, sama ada di Google Play Store, App Store atau websites. - Buka Aplikasi
Bila dah download, klik ikon Durioo+ untuk buka aplikasi. - Pilih ‘Log In’
Di skrin utama, pilih butang ‘Log In’. Kalau ibu ayah belum ada akaun, boleh pilih ‘Sign Up’ untuk mendaftar terlebih dahulu. - Masukkan Maklumat Akaun
Masukkan alamat emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Terdapat 2 cara untuk log masuk iaitu melalui create or reset password atau melalui kod OTP (One-Time Password). Pastikan emel yang digunakan adalah sah supaya senang untuk reset kata laluan jika terlupa. - Tunggu Pengesahan
Tunggu pengesahan yang akan dihantar ke emel yang didaftarkan. Masukkan kod tersebut. - Nikmati Durioo+
Selepas log in berjaya, ibu ayah boleh terus akses semua konten kartun Islamik, video pendidikan, dan banyak lagi yang sesuai dengan usia anak-anak.
Ada juga video tutorial cara untuk log in untuk panduan yang lebih jelas buat Ibu ayah :
Kenapa Ibu Ayah Patut Subscribe ke Durioo+?
- Konten yang Disaring: Semua video di Durioo+ telah disaring untuk memastikan anak-anak hanya menonton kandungan yang selamat dan penuh nilai.
- Banyak Pilihan Kartun Islamik: Anak-anak boleh tonton kartun yang mengajar nilai-nilai Islam dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami.
- Aplikasi Mesra Pengguna: Antara muka aplikasi yang mudah digunakan, sesuai untuk kanak-kanak dan ibu ayah!
- Konten Baru Setiap Minggu: Durioo+ sentiasa mengemas kini koleksi video, jadi anak-anak tak akan pernah bosan!

Ibu ayah, tunggu apa lagi? Dapatkan akses penuh ke Durioo+ dengan langganan istimewa yang memberikan akses tanpa had ke semua video bernilai yang ada. Ajar anak-anak sambil berseronok, tanamkan nilai – nilai murni dan Islam dalam setiap tontonan mereka.
👉 Klik sini untuk subscribe dan mulakan perjalanan seronok & mendidik di Durioo+ sekarang juga!
Ada pengalaman menarik bersama Durioo+? Jangan lupa untuk tinggalkan komen di bawah, kita boleh kongsi idea dan tips bersama!