Durioo apa harini? Parenting

Merdeka! 5 Cara Kreatif Tanam Semangat Cinta Tanah Air pada Anak

Merdeka! 5 Cara Kreatif Tanam Semangat Cinta Tanah Air pada Anak

Ramai ibu ayah tertanya-tanya, macam mana nak dedahkan anak-anak kecil dengan semangat kemerdekaan? Takkan nak bagi mereka faham erti penjajahan dan perjuangan pejuang dengan cara ‘dewasa’? Tenang. Sebenarnya, ada banyak cara kreatif, santai dan menyeronokkan untuk tanam nilai patriotik dalam diri mereka, mengikut usia dan kefahaman mereka.

Kajian oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak menyatakan bahawa aktiviti bermain yang berkait dengan tema sosial dan budaya membantu anak memahami konsep yang lebih besar seperti identiti, bangsa, dan negara, dengan cara yang sesuai mengikut usia mereka.

Ini antara 5 aktiviti yang boleh ibu ayah boleh cuba bersama anak-anak sempena Hari Kemerdekaan:

1. DIY Bendera Guna Bahan Kitar Semula

Gunakan kertas warna, straw, kain lama atau kotak terpakai untuk buat bendera Malaysia. Anak-anak boleh potong, tampal dan warnakan sendiri.

Sambil buat, cerita warna-warna bendera dan maksudnya. Aktiviti ni bantu anak latih motor halus dan faham simbol negara.

2. Melukis Pahlawan atau Hero Malaysia

Beri anak kertas kosong dan minta mereka lukis “wira negara” versi mereka. Boleh jadi tentera, guru, doktor, atau ayah sendiri!

Lepas lukis, tanya kenapa mereka pilih hero tu. Ibu ayah akan terkejut dengan jawapan mereka. Ini akan tingkatkan kreativiti dan fahaman tentang sumbangan terhadap negara.

3. Masak Menu ‘Malaysia’ Bersama

Masak makanan klasik seperti lempeng, kuih ketayap, nasi lemak mini atau roti jala. Ajak anak tolong ceduk, kacau atau hiaskan.


Buat lempeng pelangi dan letak warna-warna bendera untuk tarik minat! Sambil masak, ceritakan asal-usul makanan tu. Anak belajar budaya dan warisan.

4.  Hias Rumah dengan Bendera & Dekorasi

Menghias rumah dengan bendera dan hiasan lain bukan saja buat rumah nampak meriah, tapi juga menjadi aktiviti seronok untuk anak-anak. Ajak mereka gantung bendera kecil, tampal kertas warna, atau susun hiasan yang mudah sambil mendengar lagu merdeka seperti “Saya Anak Malaysia”.

Selain mengisi masa bersama, anak-anak akan rasa bangga bila tengok hasil kerja mereka menghias rumah. Aktiviti mudah ini boleh jadi cara untuk ajar mereka tentang semangat kebersamaan dan cinta pada negara, sambil eratkan lagi hubungan keluarga.

5. Baca Buku atau Tonton Siri Bertema Merdeka

Di aplikasi Durioo+, ada episod dari Durioo+ Creators seperti Affan Azman & TheFarisZainal yang mengetengahkan nilai-nilai patriotik, semangat tolong-menolong dan cinta negara.


Duduk bersama, tonton dan bincang isi cerita. Ini akan membantu anak untuk faham erti kemerdekaan melalui penceritaan yang selamat dan seronok.


Anak-anak mungkin belum faham erti kemerdekaan, tapi melalui aktiviti yang menyeronokkan, mereka akan mula belajar mencintai negara dengan hati yang tulus.

Kalau ibu ayah ada idea aktiviti lain, atau pengalaman menarik sambut Merdeka dengan anak, kongsi lah dengan kami di ruang komen! Kita sama-sama bina generasi anak Malaysia yang bangga dengan negaranya !

About Author

Farah Durioo

Saya seorang ibu yang percaya setiap anak adalah amanah, dan setiap momen berharga untuk menanam values yang membentuk jiwa mereka. Di blog ini, saya kongsikan inspirasi untuk ibu bapa membesarkan anak dengan hati tenang, akal bijak, dan jiwa beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *