Parenting Si Cilik

Anak Pembuli? Semak tanda ini dan ketahui & Cara Nak Kawalnya

Anak Pembuli? Semak tanda ini dan ketahui & Cara Nak Kawalnya

Hai ibu ayah! Zaman sekarang, isu buli dalam kalangan anak-anak semakin berleluasa dan memang tidak boleh dipandang ringan. Kadang-kadang kita tidak perasan, tapi anak kita mungkin terlibat sama ada sebagai pembuli. Tapi jangan risau, kita boleh kenal pasti ciri – ciri dan belajar cara kawal dengan bijak.

Ini antara ciri-ciri anak ibu ayah mungkin seorang pembuli : 

  • Cepat marah dan susah kawal emosi
  • Selalu ambil barang orang tanpa izin
  • Suka mengata atau gelar kawan dengan nama yang kurang manis
  • Suka mengongkong atau mengugut kawan-kawan di sekolah
  • Kadang-kadang gembira bila orang lain susah

Kalau ibu ayah nampak tanda-tanda ni, jangan cepat marah. Ambil masa untuk bincang dengan anak, faham kenapa mereka buat begitu, dan ajar cara yang lebih positif untuk kendalikan perasaan.

Cara Kawal dan Tangani Isu Buli

  1. Bincang Secara Terbuka – Luangkan masa dengan anak, tanya pengalaman mereka di sekolah dan dengar tanpa cepat marah dan menghukum.
  2. Ajar Empati Dan Emosi – Bantu anak faham tentang perasaan kawan-kawan dan ajar mereka cara berinteraksi dengan positif dan baik.
  3. Tetapkan Had & Peraturan – Kalau anak sendiri pembuli, jelaskan kesan dari tindakan mereka dengan jelas. Boleh juga beritahu apa yang mungkin akan berlaku sekiranya mereka terus membuli.
  4. Berikan Contoh Baik – Anak belajar dari kita. Tunjukkan cara mengawal emosi dengan tenang.
  5. Libatkan Sekolah & Rakan – Kalau perlu, bekerjasama dengan guru untuk pantau situasi di sekolah. Ibu ayah juga digalakkan untuk berkawan dan mengenali rakan-rakan anak sama ada kawan sekolah atau kawan sepermainan.

Anak-anak ni memang cepat belajar, dan dengan bimbingan ibu ayah, mereka boleh belajar cara hormat kawan, kawal emosi, dan elakkan tingkah laku buli.

Ibu ayah ada pengalaman mengendalikan anak supaya tidak menjadi pembuli? Jom kongsi di ruangan komen supaya semua orang dapat manfaat bersama! 

About Author

Farah Durioo

Saya seorang ibu yang percaya setiap anak adalah amanah, dan setiap momen berharga untuk menanam values yang membentuk jiwa mereka. Di blog ini, saya kongsikan inspirasi untuk ibu bapa membesarkan anak dengan hati tenang, akal bijak, dan jiwa beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *