Emosi Parenting

Anak Kerap Murung? Takut nak pergi sekolah? Hati-Hati, Anak Mungkin Kena Buli!

Anak Kerap Murung? Takut nak pergi sekolah? Hati-Hati, Anak Mungkin Kena Buli!

Assalamualaikum Ibu Ayah! Dalam kehidupan sekolah atau aktiviti sosial anak-anak, isu buli memang tak boleh dipandang remeh. Kadang-kadang, tanpa sedar anak kita mungkin jadi salah seorang mangsa. Jadi, penting untuk kenal pasti tanda-tanda anak jadi mangsa buli supaya kita boleh ambil tindakan awal.

Mengikut Kajian oleh UNICEF (2021) menunjukkan lebih 1 daripada 3 kanak-kanak di Malaysia pernah mengalami buli sama ada fizikal, mental, atau siber. Anak yang menjadi mangsa buli berisiko mengalami:

  • Stres dan kebimbangan berpanjangan
  • Rendah diri dan hilang keyakinan
  • Masalah tidur dan prestasi akademik menurun

Jadi, ibu ayah memang kena peka dengan perubahan tingkah laku anak.Antara tanda biasa yang ibu ayah boleh perhatikan terhadap anak-anak adalah:

  • Sering murung atau pendiam – Anak tiba-tiba jadi introvert dan kurang bercakap.
  • Tak nak pergi sekolah – Mereka ada rasa takut atau enggan ke sekolah tanpa alasan yang jelas.
  • Luka atau baju koyak – Kadang-kadang ada kecederaan kecil atau pakaian koyak tanpa penjelasan yang logik.
  • Kurang selera makan – Tekanan dari buli boleh beri kesan fizikal juga.
  • Perubahan emosi – Cepat menangis, mudah marah, atau rasa tertekan.
  • Jauhi rakan-rakan – Anak mungkin elak bergaul dengan kawan-kawan.

Jika ibu ayah nampak tanda-tanda ni, jangan panik. Apa yang ibu ayah boleh bantu adalah:

  1. Dengar Tanpa Menghakimi – Jangan cepat marah. Biar anak ceritakan pengalaman mereka. Yang penting ialah bincang dengan anak secara tenang, dengar cerita mereka, dan beri sokongan emosi.
  2. Ajarkan Strategi Hadapi Buli – Ajar anak cara elak situasi berisiko, kata “tidak” dengan tegas, dan cari guru atau orang dewasa jika perlu.
  3. Bina Keyakinan Anak – Libatkan anak dalam aktiviti yang mereka minat supaya rasa percaya diri meningkat.
  4. Komunikasi dengan Sekolah – Bila ibu ayah dapat tahu anak adalah mangsa buli, ibu ayah boleh berbincang dengan pihak sekolah dan minta guru untuk pantau dan selesaikan masalah secara bersama.
  5. Pantau Media Sosial – Untuk buli siber, pantau penggunaan gajet anak dan ajar mereka cara selamat untuk guna media dalam talian.

Buli boleh beri kesan panjang pada emosi dan perkembangan anak, TAPI

– Dengan sokongan ibu ayah dan komunikasi terbuka, anak boleh belajar untuk hadapi situasi ini dengan lebih selamat dan yakin. 💛

Ibu ayah, pernah tak anak tunjuk tanda-tanda macam ni? Apa cara ibu ayah tangani kalau anak jadi mangsa buli? Tinggalkan komen di bawah, kita boleh share tips sama-sama!

About Author

Farah Durioo

Saya seorang ibu yang percaya setiap anak adalah amanah, dan setiap momen berharga untuk menanam values yang membentuk jiwa mereka. Di blog ini, saya kongsikan inspirasi untuk ibu bapa membesarkan anak dengan hati tenang, akal bijak, dan jiwa beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *