Parenting Emosi

Perjalanan Jauh Tanpa Drama: Tips Supaya Anak Duduk Tenang Dalam Kereta

Perjalanan Jauh Tanpa Drama: Tips Supaya Anak Duduk Tenang Dalam Kereta

Assalamualaikum Ibu Ayah!

Sempena cuti sekolah tak lama lagi ni, pasti ibu ayah ingin bercuti tapi risau perjalanan jauh dengan anak yang kadang-kadang boleh menjadi cabaran besar, kan? Dari mula gerak sehingga sampai ke destinasi, anak-anak mudah bosan, meragam, atau asyik nak bergerak ke sana sini.

Tambahan pula, anak-anak terutama yang berumur 4 tahun ke bawah perlu duduk di ‘car seat’ atau kerusi keselamatan di sepanjang perjalanan. Tapi jangan risau, ada cara supaya perjalanan lebih tenang dan menyeronokkan untuk semua.

Berikut ialah beberapa tips praktikal untuk pastikan anak duduk diam dan tidak bosan di  dalam kereta:

1. Sediakan Aktiviti & Hiburan

Anak-anak mudah bosan bila tiada apa yang nak dibuat. Ibu ayah boleh sediakan:

  • Busy book’
  • Permainan travel-friendly seperti teka-teki, bingo atau flashcards
  • Kartun yang bermanfaat boleh juga diberikan tetapi tidak disarankan ibu ayah beri sepanjang perjalanan ya! 

📌 Tip Durioo+: Anak boleh tonton video pendidikan yang selamat dan menyeronokkan sambil belajar nilai positif dalam Durioo+ Apps seperti Little Ammar. Anak-anak pun boleh menyanyi sekali ! 

2. Snek & Minuman 

Sediakan snek ringan dan sihat supaya anak tidak lapar sepanjang perjalanan. Ibu ayah juga perlu kurangkan gula-gula atau makanan yang manis kerana ia akan merangsang anak-anak untuk aktif. Ibu ayah mungkin akan mengalami kesukaran untuk mengawal anak-anak. Antara makanan lain yang boleh diberikan adalah buah potong, biskut kurang manis, atau air minuman tanpa gula berlebihan.

💡 Pastikan snek mudah dimakan dalam kereta untuk elak tumpah atau kotoran.

3. Rehat Secara Berkala

Kalau perjalanan lebih 2 jam, ibu ayah boleh berhenti rehat seketika dan keluarkan anak dari ‘car seat’ , biarkan anak bergerak dan membuat renggangan ringan, serta buang air. Mereka perlukan 15 hingga 30 minit untuk menghilangkan rasa letih dan lenguh jadi berhenti seketika dapat menggelakkan anak berasa bosan dan rewel. 

👶Tukar lampin dan baju anak akan membuatkan anak lebih selesa untuk meneruskan perjalanan! 

4. Pilih waktu perjalanan

Ibu ayah boleh mencuba untuk merancang perjalanan di waktu malam atau seawal pagi kerana ini adalah waktu tidur untuk anak-anak. Pastikan anak memakai pakaian yang selesa. Ini akan membantu anak dari berasa bosan sepanjang perjalanan, dan lebih seronok jika jangkaan waktu untuk sampai ke destinasi adalah sama dengan waktu anak bangun tidur. 

🚗Pastikan ibu ayah mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan atau bergilir-gilir memandu sekiranya berasa penat dan mengantuk. 

5. Tetapkan Peraturan Kereta Dari Awal

Bincang dengan anak apa yang boleh dan tidak boleh buat dalam kereta. Contohnya:

  • Duduk dalam seatbelt sepanjang perjalanan
  • Tidak menjerit atau berlari dalam kereta
  • Hormat orang lain yang ada dalam kereta

Dengan cara ini, anak tahu apa yang diharapkan dan ibu ayah pun lebih mudah kawal situasi.

Tips tambahan : Sepanjang perjalanan, ibu ayah boleh bersembang dengan anak. Ibu ayah boleh bertanya apa yang anak-anak nampak di luar tingkap atau bercerita tentang destinasi yang yang nak dituju. Ini akan membuatkan anak lebih seronok dan tidak bosan. 

Perjalanan jauh dengan anak-anak boleh jadi menyeronokkan kalau ibu ayah tahu cara nak atasinya.

Dengan perancangan awal, aktiviti yang sesuai, dan sikap sabar, perjalanan boleh jadi masa berkualiti untuk keluarga.

Nak lebih banyak tips parenting, aktiviti kanak-kanak, dan cara pendidikan yang menyeronokkan? Kunjungi Blog Durioo+ dan dapatkan idea menarik untuk setiap hari!

P/S: Ibu ayah nak subscribe ke Durioo+ App? Klik disini!

About Author

Mama Maryam

Hai, saya seorang ibu yang suka berkongsi cerita tentang parenting, masakan, dan kehidupan seharian. Saya percaya setiap ibu ada cerita dan pengalaman yang berharga untuk dikongsi. Dalam blog ni, saya kongsikan tips yang saya belajar sepanjang menjadi ibu, sambil menanam values yang penting untuk anak-anak.Harap apa yang saya kongsikan dapat membantu ibu ayah lain dalam perjalanan mereka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *