Anak susah nak tidur malam? Kalau tidur asyik terbangun je? Anak asyik nak main atau tiba-tiba jadi super aktif lepas isyak? Jangan risau, ibu ayah bukan keseorangan! Cuba 5 aktiviti ringkas ni untuk bantu anak tenang dan mudah lena:
1. Baca buku cerita yang mudah

Pilih kisah pendek dan tenang, contohnya cerita tentang haiwan, kisah teladan atau kisah yang anak suka dan bacakan dalam bilik yang tidak terlalu terang. Pastikan nada suara ibu ayah lembut dan ini akan bantu anak rasa selamat dan tenang.
2. Doa & Zikir ringkas bersama
Baca doa tidur, zikir pendek atau ayat al-Quran seperti 3 Qul. Anak rasa lebih dilindungi dan hati jadi lebih tenang.
3. Urut lembut

Gunakan minyak bayi dan urut perlahan di kaki atau belakang anak. Ini bukan saja selesa, tapi ini juga membantu meredakan ketegangan badan mereka.
4. Main ‘Imaginasi’
Contohnya, ajak anak pejam mata dan minta mereka bayangkan sesuatu perkara yang menenangkan , seperti mereka berada di atas awan lembut, atau berjalan di taman bunga. Cara ini boleh latih mereka tenang dan kawal emosi.
5. Jangan tengok skrin 1 jam sebelum tidur
Sangat penting untuk ibu ayah menggantikan screen time anak dengan aktiviti santai seperti lukis atau main blok. Ini kerana skrin boleh buat otak anak ‘terjaga’ lebih lama. Dengan melakukan aktiviti ini, anak akan lebih tenang untuk masuk tidur nanti.
Ibu ayah tidak perlu buat semua serentak ya, pilih yang sesuai dengan anak. Yang penting, praktis kan pada waktu yang selesa , tenang dan jadikan ia sebagai rutin pada setiap malam tapi tidak perlu tergesa-gesa untuk buat semua.
Kalau ibu ayah ada tips sendiri, jom kongsi di ruangan komen. Kita sama-sama bantu anak tidur lena, dan ibu ayah pun dapat rehat yang cukup!