Perkembangan & Pendidikan Awal Si Cilik

Anak asyik menghadap skrin? Hati-hati, itu mungkin tanda ‘Brain Rot’

Anak asyik menghadap skrin? Hati-hati, itu mungkin tanda ‘Brain Rot’

Pernah tak ibu ayah perasan, anak tiba-tiba jadi kurang fokus, mudah marah, susah nak tidur atau tak berminat nak bermain dengan adik-beradik? Jangan terus anggap mereka ‘buat perangai’ ya. Ia mungkin petanda awal kepada sesuatu yang dipanggil brain rot, satu istilah popular dalam dunia digital hari ini.

Apa Itu Brain Rot?

Brain rot secara ringkasnya merujuk kepada keadaan di mana otak anak (atau sesiapa saja) terlalu terdedah kepada rangsangan digital, terutama dari skrin seperti social media atau permainan video sehingga hilang keupayaan untuk fokus, rasa bosan dengan benda normal (seperti membaca atau bermain biasa), dan jadi ketagih pada hiburan segera.

Walaupun istilah ini belum diiktiraf secara rasmi dalam dunia perubatan, namun pakar perkembangan kanak-kanak sangat bimbang tentang kesan overstimulation dan screen dependency pada otak anak kecil yang sedang membesar.

Tanda-Tanda Anak Mungkin Alami Brain Rot:

  • Tak boleh duduk diam tanpa skrin
  • Suka tengok content laju atau hyper
  • Cepat marah apabila disuruh berhenti tengok
  • Kurang minat bermain imaginasi atau outdoor
  • Mudah hilang fokus bila belajar

Apa Ibu Ayah boleh buat?

  1. Wujudkan ‘Jadual Skrin’ yang konsisten
    Bukan terus larang, tapi tetapkan masa. Contohnya, tetapkan dalam sehari , hanya sejam sahaja waktu yang diperuntukkan untuk menonton skrin.  Bila konsisten, anak akan lebih mudah terima.
    Di aplikasi Durioo+, ibu ayah lebih mudah nak kawal kerana ada fungsi “Screen Time Limit” yang membolehkan ibu ayah pantau dan tetapkan masa tontonan anak. Mudah, selamat dan tetap menyeronokkan!
  2. Pilih kandungan yang Perlahan & Bermakna
    Bukan semua rancangan sesuai. Cari yang selamat dan tidak terlalu laju, seperti Little Ammar, Hop Hop the Owl dan macam – macam lagi yang ada di Durioo+. Siri animasi ini direka untuk menyokong perkembangan anak dengan kandungan yang fun & safe.
  3. Galakkan aktiviti offline yang menarik
    Contohnya: bermain tanah, masak sama-sama, buat DIY mudah. Apabila ada aktiviti fizikal dan sentuhan emosi, otak anak dapat rangsangan yang sihat.
  4. Menjadi contoh
    Kalau ibu ayah pun asyik melekat dengan telefon, lebih susah untuk minta anak jauh dari skrin. Cuba ‘letak telefon’ ketika bersama anak. Mata bertentang mata, bukan skrin ke skrin.
  5. Tonton sama-sama dan berbincang selepas itu
    Kalau anak tengok sesuatu, duduk sekali. Tanya pendapat mereka selepas menonton. Ini bantu mereka untuk memproses maklumat dan melatih critical thinking.

Teknologi bukan musuh, tapi perlu diuruskan dengan baik dan bijak.


Anak-anak kita tak perlukan dunia yang laju dan bising sepanjang masa. Kadang-kadang, yang mereka perlukan hanyalah pelukan kita, membaca buku bergambar bersama, dan masa bermain yang sederhana tapi penuh makna.

Kalau ibu ayah ada pengalaman atau tips sendiri untuk elakkan ‘brain rot’, jom kongsi di ruangan komen. Kita sama-sama jaga amanah ini dengan kasih sayang dan hikmah.

About Author

Farah Durioo

Saya seorang ibu yang percaya setiap anak adalah amanah, dan setiap momen berharga untuk menanam values yang membentuk jiwa mereka. Di blog ini, saya kongsikan inspirasi untuk ibu bapa membesarkan anak dengan hati tenang, akal bijak, dan jiwa beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *